assalamualaikum w.b.t sahabat...
disini saya ingin mengucapkan salam aidiladha yang bakal menjelang esok hari buat semua umat islam di atas bumi ini..
siapa berpuasa sunat hari arafah? syokk ouw..sape x pose rugi besar ooo...disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji iaitu bukan jemaah haji...nak taw kelebihannya?
(1)DIAMPUNI DOSA SETAHUN YANG LEPAS DAN SETAHUN YANG DATANG
dari Abu Qatadah radhiAllahu 'anhu berkata Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang puasa hari 'arafah
kemudian baginda menjawab :
َََ
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
"puasa itu (puasa hari ;arafah)dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang" (HR muslim)
(2) AMALAN TERBAIK YANG DISUKAI ALLAH TA'ALA KERANA IA TERMASUK 10 HARI PERTAMA DARI BULAN DZULHIJJAH
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
(3) HARI YANG PALING BANYAK DIBEBASKAN DARI API NERAKA
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
muzir.wordpress.com
—
Rujukan:
Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.
Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.
jadi? ape tunggu lagi...jom kita berlumba2 merebut peluang yang berharga tu..